Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat. Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku " Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatulmaut
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran
ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti
berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya
sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh
mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal
mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW
mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan
darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan
bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti
oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +
ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam
bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil
yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa
bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar
kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung
di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme
sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi
Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan
InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
# 7 kalimat yg harus di biasakan..
1.Bismillahirrahmannirrahim- Setiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulilah- Setiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagafirullah- Jika melakukan sesuatu yg buruk.
4.InsyaAllah- Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah- Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun- Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
7.Lailaha illallah- Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.
Assalamualaikum sahabat2. Tazkirah utk pagi Khamis 12.12.13. Kisah pengajaran ini sama seperti yg kita dengar tafsir quran radio IKIM.fm pkl 6.30 pagi tadi. CERITA PENGAJARAN
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba
Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah
ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar
dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat
juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau
tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut
pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil
berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apakat
bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah
jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari
jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah
perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat
atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna
hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus
hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak
buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat
atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan
dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak
selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu...
bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allahni pun mendongak ke
langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh
dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat
sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak
pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg
mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so
beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg
menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi
adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita
dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam
tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur
kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik
ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik
saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya
tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah
baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
1 minit untuk mengingati Allah...Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANALLAH *ALHAMDULILLAH *LA I LAHA ILLALLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM *LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD *WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi
perkataan. Sebarkan kepada sahabat anda dan anda telah berjasa mengajak
mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha
Esa dan Nabi Muhammad Alaihisallam.
Dalam masa yang sama sahabat2 sekelian juga akan mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di AMIN oleh para Malaikat, INSHAALLAH.
Oleh itu...duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam
kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang diredhoiNya.
Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan
kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian
dalam apa jua yang kita kerjakan.