Monday, October 31, 2011
Red Dot Squared Symbol
This is an important information for all Muslims!
Be aware of the Red dot inside a red square symbol which shown on chocolate bars like : Bounty Chocolate bar / Mars/ sneakers ... it's shown specifically at the back beside the weight numbers.
That mark means that these products contains gelatin which is derived from PORK!!
They put that mark to warn vegetarian people that the chocolate bar have non-vegetarian contents/ingredients in it.
PLZ share this info with all your friends
and remember that "The One Who Guides Others to Good Deeds is Like the One Who Does Them"
Jazakomullah kolla khair
Monday, October 24, 2011
Friday, October 21, 2011
Berkualiti ke tak tepun ni???
BERHATI2 SEMASA BELI HP...
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01
02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA
sila "SHARE" supaya muslim lain ketahui perkara ini.. ^_^b
Friday, August 12, 2011
Keislaman Hazrat Bilal r.anh dan Penderitaan Beliau
Hazrat Bilal r.a ialah seorang sahabat yang masyhur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Pada mulanya beliau ialah seorang hamba kepada seorang kafir. Kemudian beliau telah memeluk Islam. Oleh sebab itu, beliau telah diseksa dengan berbagai-bagai cara. Umaiyah bin Khalaf yang merupakan musuh Islam yang ketat akan membaringkan beliau secara terlentang di atas pasir yang panas membakar pada waktu tengah hari semasa musim panas. Dia juga meletakkan batu yang besar ke atas dada Hazrat Bilal r.a supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata, "Matilah kamu dalam keadaan ini. Jika kamu mahu hidup, tinggalkan Islam."
Namun dalam keadaan itu pun Hazrat Bilal r.a masih berkata,"Ahad ! Ahad !"Yakni Tuhan yang layak disembah hanyalah satu.
Pada malam hari, beliau diikat dengan rantai dan disebat dengan cemeti. Pada siang keesokan hari, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu lagi atau pun mati terseksa. Abu Jahal, Umaiyah bin Khalaf dan kadang-kadang orang lain bergilir-gilir menyeksa beliau. Setiap orang daripada mereka berusaha untuk menyeksa beliau sedaya mungkin sehingga mereka akan keletihan. Hazrat Abu Bakar r.a melihat Hazrat Bilal r.a dalam keadaan demikian maka beliau membeli dan membebaskan Hazrat Bilal r.a.
Keterangan
Oleh kerana orang Arab jahiliah ialah penyembah berhala, maka mereka mengatakan bahawa berhala juga ialah tuhan yang disembah. Oleh itu, Islam menentang amalan penyembahan berhala dengan mengajarkan tauhid. Inilah yang menyebabkan Hazrat Bilal r.a mewiridkan, 'Ahad, Ahad.' Inilah gambaran cinta dan rindu kepada Allah s.w.t. Kita lihat dalam cinta palsu (sesama makhluk) ini pun, apabila seseorang itu dicintai, dengan menyebut namanya sahaja pun merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Nama itu diulang-ulang tanpa sebarang faedah. Maka apa yang hendak dikatakan lagi tentang cinta kepada Allah s.w.t yang memberi manfaat di dunia dan akhirat? Inilah yang menyebabkan Hazrat Bilal r.a sanggup menanggung walaupun didera dengan berbagai-bagai cara, dikenakan sekeras-keras seksaan, diserahkan kepada budak-budak nakal supaya beliau diarak di jalan-jalan dan lorong-lorong Mekah tetapi, "Ahad ! Ahad !" tetap dilaungkan.
Dengan sebab semua keberkatan inilah beliau kemudiannya menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada beliau sama ada semasa bersafar atau bermukim.
Setelah Nabi s.a.w wafat, sukar bagi beliau untuk terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat baginda s.a.w yang telah kosong. Oleh sebab itu, beliau telah berniat untuk menghabiskan saki-baki hidupnya dalam jihad. Lantaran itu beliau pun bertolak untuk menyertai jihad. Beliau tidak pulang ke Madinah untuk beberapa lama.
Pada suatu hari beliau telah bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. Baginda s.a.w telah bersabda,"Bilal ! Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang kepada saya?"
Setelah terjaga daripada tidur beliau terus pergi ke Madinah. Hazrat Hasan dan Husain r.a telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan daripada kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah satu perkara yang boleh ditolak. Beliau pun mula melaungkan azan seperti pada zaman Nabi s.a.w. Sebaik sahaja suara beliau sampai ke pendengaran penduduk kota Madinah maka berhamburanlah air mata mereka. Sehingga wanita-wanita pun keluar dari rumah-rumah mereka dalam keadaan menangis. Setelah beberapa hari berada di Madinah beliau pun pulang dan beliau meninggal dunia kira-kira pada tahun 20H di Damsyik.
Sunday, May 8, 2011
LOBAK, TELUR DAN KOPI...
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannnya dan bertanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya.
Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannnya dan bertanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.
Ayahnya seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga- tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruhkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di dalam periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkan di dalam mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk yang lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, Apa yang kau lihat, nak?
Lobak, telur dan kopi, jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.
Setelah itu, si anak bertanya; Apa erti semua ini, ayah?
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.
Kamu termasuk yang mana? Tanya ayahnya. Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?
Bagaimana dengan diri kita?
Apakah kita adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.
Atau apakah kita seperti telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kita adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celsius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar kita juga menjadi semakin baik.
Tuesday, February 8, 2011
KISAH HANTARAN AL-QURAN
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
Sunday, February 6, 2011
PESAN IMAM GHAZALI
Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.
Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu.
Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.
Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. Sedangkan kita belum tahu kesudahan hidup kita
Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama menanamkan sifat tawaduk dalam diri kita kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan atau menghina harga diri kita. Allah telah memuji hamba-Nya yang bertawaduk dan mengangkat darjat mereka.
Allahu Ta'ala a'lam...