"

nick

Thursday, March 8, 2012

JANGAN dalam Islam


  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
  • ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa kongsi ngan kawan-kawan anda....

Monday, January 9, 2012

Saya mahu berubah,tapi saya tidak tahu bagaimana


'Saya nak berubah jadi baik'
'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik' 'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...' 'Dari saat ini. Sekaranglah'. 'Susah' 'Susah kerana kamu tak tahu caranya' 'Habis tu, bagaimana?' Begini...

Sebab Apa Perlu Berbaik-baik Dengan Allah.

Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.
"Aku dah baik. Buktinya, aku selalu bersedekah. Aku selalu beri makan orang miskin. Aku selalu buat rumah terbuka. Pendek kata, aku memang selalu tolong orang tak kiralah dia miskin atau kaya pun. Aku sudah cukup baik". Syaitan telah berjaya mengelirukan kita. Kita tersalah faham tentang konsep 'baik' itu.
  • Baik kepada Allah, barulah baik kepada manusia.
Inilah asasnya. Baik dengan manusia telah berjaya kita capai. Dan hasilnya, kita dipuji-puji kerana bantuan dan kebaikan kita. Kerana kita baik dengan manusia, pasti akan ada manusia yang terhutang budi, akan membantu kita apabila kita ditimpa masalah. Itu semasa kita hidup. Selepas kita mati, lain hal nya. Dimana anak-anak kita? isteri-isteri kita? atau orang-orang yang pernah makan budi kita? Dimana mereka? Mereka hanya ada saat kita dikuburkan. Selepas itu, mereka pulang. Siapa yang akan membantu kita saat itu? Tiada sesiapa, selain Allah semata-mata. Maka, percayalah cakap saya. Kita memerlukan Allah. Kita sangat-sangat memerlukan Dia. Kita perlu jadi baik di mata Allah, barulah Allah akan berbaik dengan kita. Maka, jelas. Kita perlu jadi baik kerana kita mengharapkan Allah. Kita perlu baik kerana kita tidak mahu dimurkai oleh Allah di akhirat kelak. Tapi bagi layman, susah nak faham kan? Beginilah. Kita perlu tahu bahawa agama ialah seumpama oksigen. Kita memerlukan ia. Kita boleh memilih untuk bernafas atau tidak, tapi kita tahu kesudahannya. Sama halnya. Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...

Atas Dasar Apa Kita Perlu Berubah?

Saya selalu jumpa, manusia berubah kerana 'semangat'. Maknanya, dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'.
Kerana itulah, saya lebih suka jika manusia berubah sedikit demi sedikit. Dan saya juga suka kepada dakwah yang 'slow and steady'. Seorang saudara pernah berkata, 'manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga'. Saya setuju walaupun bukan 100% kerana terlalu banyak buktinya. Berubahlah kerana Allah.

Pesan Saya.

Saya tidak salahkan anda kerana dosa yang anda lakukan (jika ada). Tapi saya akan salahkan anda, jika anda tiada niat mahu berhenti dan tiada usaha untuk mencapai matlamat berhenti itu. Saya akan sungguh-sungguh salahkan anda!
Berubah jadi baik itu sukar, tidak dinafikan. Tapi kita tetap perlu berubah. Saya sendiri sudah banyak 'dilukakan' kerana mahu 'keluar' dari jalan itu. Tapi percaya cakap saya, ia sangat-sangat berbaloi. Sangat berbaloi untuk 'sakit' sebentar, kerana bahagia yang menanti tidak berpenghujung. Trust me. Percayalah cakap saya ini. Kata-kata orang yang paling bijak di dunia ini ialah 'aku mahu berubah'. Dan kamu pasti akan mendapati saya akan menyokong perubahan kamu, setiap saat.

Kesimpulan

Berubah sikit-sikit.
Take time. Jangan lupa kisah pembunuh yang membunuh 100 orang yang mati dalam perjalanan mahu bertaubah lalu masuk syurga. Dia belum bertaubat lagi, cuma sedang berusaha bertaubat dan dia tak sempat pun. Tapi Allah ampunkan dia. Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.
Saya sayang anda, kerana itulah saya mahu ajak anda semua sama-sama berubah. Kita impikan hidup yang lebih baik. Biar hidup kita tidak mewah, asalkan Allah sayang kita dan manusia beriman sayang kita. Itulah kebahagiaan sebenar...

Nota Penting.
Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.
Berubah perlu disegerakan!

Monday, October 31, 2011

Red Dot Squared Symbol


This is an important information for all Muslims!

Be aware of the Red dot inside a red square symbol which shown on chocolate bars like : Bounty Chocolate bar / Mars/ sneakers ... it's shown specifically at the back beside the weight numbers.
That mark means that these products contains gelatin which is derived from PORK!!
They put that mark to warn vegetarian people that the chocolate bar have non-vegetarian contents/ingredients in it.
PLZ share this info with all your friends
and remember that "The One Who Guides Others to Good Deeds is Like the One Who Does Them"
Jazakomullah kolla khair

cinta

Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”
...
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Monday, October 24, 2011

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW



SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al...-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semoga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.

Wasallam.

Friday, October 21, 2011

Berkualiti ke tak tepun ni???

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

sila "SHARE" supaya muslim lain ketahui perkara ini.. ^_^b

Friday, August 12, 2011

Keislaman Hazrat Bilal r.anh dan Penderitaan Beliau


Hazrat Bilal r.a ialah seorang sahabat yang masyhur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Pada mulanya beliau ialah seorang hamba kepada seorang kafir. Kemudian beliau telah memeluk Islam. Oleh sebab itu, beliau telah diseksa dengan berbagai-bagai cara. Umaiyah bin Khalaf yang merupakan musuh Islam yang ketat akan membaringkan beliau secara terlentang di atas pasir yang panas membakar pada waktu tengah hari semasa musim panas. Dia juga meletakkan batu yang besar ke atas dada Hazrat Bilal r.a supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata, "Matilah kamu dalam keadaan ini. Jika kamu mahu hidup, tinggalkan Islam."

Namun dalam keadaan itu pun Hazrat Bilal r.a masih berkata,"Ahad ! Ahad !"Yakni Tuhan yang layak disembah hanyalah satu.

Pada malam hari, beliau diikat dengan rantai dan disebat dengan cemeti. Pada siang keesokan hari, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu lagi atau pun mati terseksa. Abu Jahal, Umaiyah bin Khalaf dan kadang-kadang orang lain bergilir-gilir menyeksa beliau. Setiap orang daripada mereka berusaha untuk menyeksa beliau sedaya mungkin sehingga mereka akan keletihan. Hazrat Abu Bakar r.a melihat Hazrat Bilal r.a dalam keadaan demikian maka beliau membeli dan membebaskan Hazrat Bilal r.a.


Keterangan

Oleh kerana orang Arab jahiliah ialah penyembah berhala, maka mereka mengatakan bahawa berhala juga ialah tuhan yang disembah. Oleh itu, Islam menentang amalan penyembahan berhala dengan mengajarkan tauhid. Inilah yang menyebabkan Hazrat Bilal r.a mewiridkan, 'Ahad, Ahad.' Inilah gambaran cinta dan rindu kepada Allah s.w.t. Kita lihat dalam cinta palsu (sesama makhluk) ini pun, apabila seseorang itu dicintai, dengan menyebut namanya sahaja pun merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Nama itu diulang-ulang tanpa sebarang faedah. Maka apa yang hendak dikatakan lagi tentang cinta kepada Allah s.w.t yang memberi manfaat di dunia dan akhirat? Inilah yang menyebabkan Hazrat Bilal r.a sanggup menanggung walaupun didera dengan berbagai-bagai cara, dikenakan sekeras-keras seksaan, diserahkan kepada budak-budak nakal supaya beliau diarak di jalan-jalan dan lorong-lorong Mekah tetapi, "Ahad ! Ahad !" tetap dilaungkan.

Dengan sebab semua keberkatan inilah beliau kemudiannya menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada beliau sama ada semasa bersafar atau bermukim.

Setelah Nabi s.a.w wafat, sukar bagi beliau untuk terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat baginda s.a.w yang telah kosong. Oleh sebab itu, beliau telah berniat untuk menghabiskan saki-baki hidupnya dalam jihad. Lantaran itu beliau pun bertolak untuk menyertai jihad. Beliau tidak pulang ke Madinah untuk beberapa lama.

Pada suatu hari beliau telah bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. Baginda s.a.w telah bersabda,"Bilal ! Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang kepada saya?"

Setelah terjaga daripada tidur beliau terus pergi ke Madinah. Hazrat Hasan dan Husain r.a telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan daripada kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah satu perkara yang boleh ditolak. Beliau pun mula melaungkan azan seperti pada zaman Nabi s.a.w. Sebaik sahaja suara beliau sampai ke pendengaran penduduk kota Madinah maka berhamburanlah air mata mereka. Sehingga wanita-wanita pun keluar dari rumah-rumah mereka dalam keadaan menangis. Setelah beberapa hari berada di Madinah beliau pun pulang dan beliau meninggal dunia kira-kira pada tahun 20H di Damsyik.

 

blogger templates | Make Money Online